Nintendo Switch 2 Akan Menyokong Permainan Switch Asal

TechnologyGamingDigital
6 Nov 2024 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nintendo Switch 2 telah pun disahkan akan tiba pada tahun hadapan. Tidak banyak informasi dikongsi mengenai konsol mudah alih generasi baharu Nintendo ini. Baru-baru ini, Nintendo mengesahkan yang Switch baharu akan menyokong keserasian berbalik permainan dari Switch asal.

image is not available

Buat masa ini masih tidak pasti adakah kesemua permainan sahaja atau yang terpilih. Besar kemungkinan sokongan ini adalah melalui permainan digital dan bukan katrij. Ia mungkin sama seperti permainan klasik Nintendo lain yang boleh dimainkan melalui Nintendo Switch Online. Nintendo turut berkongsi yang Nintendo Software paling banyak digunakan pada Switch berbanding produk Nintendo lain. Ia kini telah dijual sebanyak 1.3 bilion unit dan telah dimainkan pada 146 juta Switch.

Walaupun jumlah pelanggan Nintendo Switch Online telah menurun, jumlah pelanggan yang melanggan pakej lebih mahal iaitu Expansion Pack telah meningkat. Diharapkan, idea Nintendo untuk membawakan sokongan keserasian berbalik permainan lama pada konsol baharu dapat menyelamatkan banyak permainan lama.