“Nipis peluang dapat duit raya” – Ingat Kaki Kawan, Rupanya Remaja Dikatakan Tersilap Tarik Kaki…

Entertainment
26 Mar 2025 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kata orang, nak bergurau pun ada batasnya. Tambahan pula kalau nak bergurau semasa solat. Lebih baik elakkanlah sebab takut terjadi seperti satu video yang tengah viral di media sosial ini.

Tular satu posting video di X memaparkan sekumpulan remaja yang dilihat masuk ke dalam ruang solat dan secara tiba-tiba salah seorang darinya menarik kaki seorang jemaah yang sedang khusyuk bersujud ketika solat berjemaah.

Jemaah berbaju Melayu biru yang terjatuh meniarap itu dilihat terkejut dengan apa yang berlaku dan dipercayai mula mencari remaja yang melakukan ‘onar’ tersebut kepadanya, manakala jemaah lain dilihat meneruskan solat seperti biasa.

“Tersilap menarik kaki datuk kawannya”

Meskipun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, namun deskripsi dari video ini mengatakan bahawa remaja itu pada awalnya ingin mengusik rakannya dengan menarik kaki ketika sujud.

Dia walau bagaimanapun, tersilap menarik kaki datuk kepada kawannya yang dikatakan memakai baju yang serupa. Aduhai!

image is not available

Selain dari itu, tidak diketahui di mana video ini dirakam dan bilakah kejadian itu berlaku.

Video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana sebahagian darinya menganggap ia sesuatu yang lawak, namun ada pula merasakan perkara itu adalah sesuatu yang biadap.

image is not available

Adeh tak pasal-pasal pakcik tu kena ulang solat semula.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.