
Tidak dapat dinafikan, ramai yang kini lebih suka menonton YouTube untuk menghabiskan masa atau sebagai salah satu bentuk hiburan.
Pun begitu, ada kalanya, content atau pengisian di YouTube ini agak tidak sesuai untuk ditonton khususnya untuk kanak-kanak.
Artikel berkaitan: Bengang Dituduh Buat Kacau Di Taman Perumahan, Ammar Nazhan Nak Saman Jiran?
Artikel berkaitan: Ejen Hartanah Dakwa YouTuber Beli Rumah Banglo RM10 Juta Rupanya Gebang, Menyewa Demi Content
Seperti yang tular baru-baru ini, YouTuber terkenal, Ammar Nazhan sekali lagi dikecam kerana membuat content yang memaparkan seorang wanita berpurdah bergaul dengan sekumpulan wanita lain dan juga beberapa orang lelaki.
Aku sebenarnya malas nak ambil port pasal Program Bodoh ni. Tapi terpaksa hebahkan pada orang ramai sebab dah nampak level menunggang.
Hang seorang perempuan berpurdah, patut jaga maruah diri, bukan mengeletis nak kat jantan.
Nanti sebab “lakonan” sebeginilah, imej “orang… pic.twitter.com/vfsAkeuNVV
— Zac (@ZacZakirin13) August 6, 2024
Apa yang merisaukan, dalam potongan video yang tular di X itu, wanita berpurdah itu seakan meminta penjelasan mengapa dia tidak boleh berkawan dengan Ammar sahaja.
Ia seolah-olah menggambarkan wanita berpurdah itu terlalu mahu merapatkan diri dengan lelaki dan ianya bertentangan dengan tujuan berpurdah.
“Apa fungsi berpurdah?”
Video itu mengundang kecaman netizen dan rata-rata merasakan content sebegitu tidak sepatutnya dikeluarkan, malah ada juga yang merasakan ia boleh menjadi ikutan buruk buat kanak-kanak.

Aduhai, merisaukanlah content macam ni…
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




![“RM80,000 Untuk 3 Konten” – Wanita Terkejut, Dedah Gaji Content Creator [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)