NL: Portugal mula rasai ‘sumpahan’ Ronaldo

WorldFootball
16 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NL: Portugal mula rasai ‘sumpahan’ Ronaldo

BRAGA – Aksi pertama Portugal tanpa kelibat bintang utama, Cristiano Ronaldo yang mengumumkan persaraan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka tewas mengejut 1-4 berdepan Denmark pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi semalam.

Lebih malang, kekalahan itu dialami di hadapan penyokong sendiri sekali gus mencetuskan persoalan sama ada mereka mampu untuk kekal sebagai kuasa besar bola sepak Eropah atau sebaliknya selepas ketiadaan Ronaldo.

Perlawanan tersebut menyerlahkan aksi serba tidak menjadi buat skuad kendalian Jorge Jesus itu apabila mereka gagal menyekat kekuatan Denmark selain hanya mampu menjaringkan gol sagu hati menerusi Bernardo Silva dan itupun perlu menunggu sehingga masa kecederaan.

Tonggak tengah pasukan, Joao Palhinha terpaksa mengakui apa yang cuba dilakukan oleh Portugal gagal dilunaskan dengan baik dan situasi sekarang agak sukar untuk dijelaskan.

“Hampir semua yang kami lakukan tidak menjadi dan agak sukar untuk kami jelaskan tentang perkara ini. Ia menjadi hari yang cukup malang buat kami dan prestasi kami juga memberikan tugas mudah buat pasukan lawan.

“Namun kami masih ada masa untuk menilai prestasi dan apa yang berlaku kepada kami. Kami tidak pernah ragu yang kami mampu untuk pamerkan kebangkitan bagi memastikan kedudukan sebagai juara kumpulan,” katanya.

Terdahulu, Rasmus Hojlund tampil sebagai watak utama kepada kejayaan Denmark apabila menyumbangkan dua gol dan diikuti satu daripada Pierre-Emile Hojbjerg dan Joachim Andersen. – AGENSI

The post NL: Portugal mula rasai ‘sumpahan’ Ronaldo appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved