Noh Omar dipecat daripada UMNO

Politics
27 Jan 2023 • 9:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noh ketika ditemui media selepas menghadiri MKT UMNO pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] "Daripada gantung baik pecat saya."

Demikian reaksi diberikan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas parti itu mengumumkan penggantungannya selama enam tahun ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jumaat.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, permintaan pemecatannya itu diterima serta-merta oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Lain-lain semua diam (ahli MKT), Presiden (Ahmad Zahid) kata ok, kalau tidak pecat kita pecat la. ok dengan ini saya pecat Tan Sri (Noh).

"Pecat serta-merta, itu sebab saya keluar mesyuarat," katanya ketika bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKT di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL