Nokia C22 Dan Nokia C32 Hadir Dengan Spesifikasi Asas, Bateri Tiga Hari

TechnologyDigital
26 Feb 2023 • 12:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disamping pengenalan Nokia C02 dan juga Nokia G22, kini HMD Global memperkenalkan dua lagi telefon berspesifikasi asas, dan memfokuskan kepada penawaran bateri, dibawah siri Nokia C.

Dua model yang diperkenalkan berkenaan adalah Nokia C22 dan juga Nokia C32.

Nokia C22 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+ LCD, tidak dinyatakan cip pemprosesan yang digunakan, memori sehingga 3GB RAM dan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13MP + 2MP (makro), selain kamera swafoto 8-megapixel.

image is not available

Nokia C32 juga hadir dengan skrin sama 6.5-inci HD+ LCD, dijana cip Unisoc, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Nokia C32 dilihat hadir dengan kualiti kamera lebih baik melalui penggunaan sensor 50MP dibelakang.

image is not available

Nokia C32 menggunakan Android 13, sementara Nokia C22 pula menggunakan Android 13 Edisi Go.

HMD Global turut menjanjikan bateri sehingga tiga hari melalui kedua-dua telefon pintar ini. Malah, ia turut dikatakan Nokia C22 turut menawarkan ketahanan daripada terjatuh yang lebih baik.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah kedua-dua model telefon ini akan memasuki pasaran tempatan.