ZTE Blade V40 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM649

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini ZTE Malaysia telah memperkenalkan peranti kelas asas baharu mereka iaitu ZTE Blade V40. Peranti ini hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+ LCD, dijana cip Unisoc Tiger T616 (12 nm), dipadankan dengan memori 6GB RAM (5GB RAM memori maya) dan storan dalaman 128GB.

image is not available

Kamera peranti adalah 50+2+2 Megapixel dengan kamera swafoto 8 Megapixel. Untuk bateri, peranti ini menggunakan kapasiti 4500mAh dengan pengecasan 22.5W. Sokongan NFC turut disediakan yang mana menurut ZTE adalah untuk memudahkan penggunaan tambah nilai kad Touch ‘N Go Enhanced.

image is not available

Di Malaysia peranti ini hadir dengan pilihan warna Starry Black atau Sky Blue dan dijual pada harga RM649. Sempena pengenalan peranti, hadiah percuma bernilai RM100 akan diberikan yang terdiri daripada lampu ZTE Mobeable, kabel ZTE 3 in 1, kerangka pelindung TPU dan pelindung skrin kaca.

Tempoh pra-tempahan peranti ini adalah bermula 25 Februari sehingga 3 Mac.