“Nombor Dah Tak Aktif, Media Sosial Pun Hilang” – Ieda Moin Risau Noorkhiriah Tiba-Tiba Hilang Dari Radar

LocalEntertainment
20 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Ieda Moin tampil memberi penjelasan mengenai keadaan sahabat baiknya, Noorkhiriah yang didakwa sudah beberapa bulan menghilangkan diri daripada radar seni.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 47, berkata dia sendiri sedang berusaha menghubungi Noorkhiriah dan mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa sahabatnya itu tiba-tiba menyepi.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya sendiri sedang mencari kawan saya yang MIA (missing in action). Nombor yang biasa saya hubungi dia sudah tidak aktif.

“Dia juga menyahaktifkan semua media sosialnya. Selalunya, sebagai seorang kawan, kalau dia ada masalah, dia akan bercerita dengan saya.

“Tetapi kali ini mungkin dia berada dalam satu fasa yang memerlukan dia menghilang tanpa sebab.”

Ieda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela terbitan Viu Original di ibu kota, pada Khamis.

Menurut Ieda, ramai pihak turut menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan Noorkhiriah memandangkan dia antara rakan yang mempunyai nombor telefon rumah pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, Ieda memilih untuk tidak menghubungi nombor tersebut kerana mahu memberi ruang dan masa kepada sahabatnya itu.

Dalam pada itu, Ieda berkata kali terakhir dia berhubung dan bertemu Noorkhiriah adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Seribu Tahun pada bulan Ramadan.

Biodata Noorkhiriah, Pelakon Drama Nur 2 | Iluminasi

“Kali terakhir saya berhubung dengan dia adalah sebelum raya. Kali terakhir kami menjalani penggambaran drama Seribu Tahun adalah ketika bulan puasa. Memang ada pertanyaan daripada orang sekeliling.

Ieda bagaimanapun menegaskan dia tidak mengetahui masalah sebenar yang sedang dihadapi Noorkhiriah dan memilih untuk tidak membuat sebarang andaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ayu damit2026-08-19 17:03:27

Ayu Damit Masuk Hospital, Suami Mohon Orang Ramai Doakan Kesembuhan Isteri

The post “Nombor Dah Tak Aktif, Media Sosial Pun Hilang” – Ieda Moin Risau Noorkhiriah Tiba-Tiba Hilang Dari Radar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved