“Kita doakan sahaja untuk dia” – Ieda Moin Jawab Dakwaan Noorkhiriah ‘Menghilang’

Entertainment
20 Aug 2026 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

noorkhiriah menghilang

‘Kehilangan’ pelakon Noorkhiriah apabila didapati akaun Instagram miliknya tidak lagi aktif sejak beberapa bulan lalu mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat.

Sebagai sahabat baiknya, pelakon Ieda Moin memberitahu dia sendiri tidak mengetahui punca Noorkhiriah tiba-tiba menyepi.

Menurut Ieda, dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan sahabatnya itu, apatah lagi mengaitkan kehilangan Noorkhiriah dengan perkara yang tidak baik.

“Kita doakan sahaja untuk dia,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kehilangan Noorkhiriah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jelasnya lagi, ramai yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai keberadaan Noorkhiriah, namun dia sendiri tidak mempunyai jawapan berhubung perkara tersebut.

“Ramai yang cari saya bertanyakan perkara ini. Saya tidak boleh komen dan tidak tahu apa punca dia menghilang.

“Sebagai orang paling rapat pun, dia tidak beritahu apa-apa kepada saya,” katanya.

WhatsApp Image 2023 10 22 at 12.39.43 PM e1697949662561

Artikel berkaitan: Lakonan Menjentik Hati, Noorkhiriah Kongsi Pengalaman ‘Masuk’ Liang Lahad Ketika Hari Lahir

Artikel berkaitan: “Tak ada labuci, seutas benang pun tak ada” – Noorkhiriah Terharu Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Birthday

Tambah Ieda, pertemuan terakhir mereka adalah ketika masing-masing terbabit dalam penggambaran drama Seribu Tahun yang disiarkan pada Mac lalu.

Bagaimanapun, sebelum Noorkhiriah mula menyepi, pelakon itu sempat menghantar pesanan peribadi kepadanya untuk memohon maaf sempena sambutan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ieda memilih untuk memberi ruang kepada sahabatnya itu berdepan apa sahaja situasi yang sedang dilaluinya.

“Saya boleh sahaja cari dia. Tetapi saya beri dia ruang. Apa pun yang berlaku kita beri ruang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved