Ieda Moin tidak tahu punca Noorkhiriah menyepi

Entertainment
20 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ieda Moin tidak tahu punca Noorkhiriah menyepi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ieda Moin mengakui tidak mengetahui punca sahabat baiknya, Noorkhiriah, tiba-tiba menghilang daripada radar industri seni selepas menyahaktifkan akaun media sosialnya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Ieda, dia turut berasa kehilangan dengan tindakan sahabatnya itu, namun percaya Noorkhiriah mungkin memerlukan ruang untuk dirinya sendiri buat masa ini.

“Sebenarnya saya boleh saja cari dia, tetapi dia sudah menyahaktifkan nombor yang biasa dihubungi.

“Dia bermula dengan memadamkan semua akaun media sosial. Selalunya sebagai kawan, kalau ada apa-apa masalah, dia akan bercerita. Tetapi kali ini saya faham dia mungkin ada fasa mahu menyendiri,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama Cela, di sini, semalam.

Mengakui maklum mengenai spekulasi yang bertebaran mengenai Noorkhiriah, Ieda berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian, sebaliknya memberi ruang kepada pelakon berkenaan untuk berehat.

Tambah Ieda, kali terakhir dia berhubung dengan Noorkhiriah adalah sebelum sambutan Aidilfitri lalu, selepas mereka selesai menjalani penggambaran drama Seribu Tahun bersama pelakon, Azhan Rani.

“Saya tahu ada desas-desus mengatakan dia merajuk atau sakit, tetapi saya tidak berani nak cakap lebih. Berilah dia ruang untuk bertenang dahulu.

“Kali terakhir kami berhubung adalah sebelum raya. Ketika itu kami baru habis penggambaran drama Seribu Tahun. Selepas tamat penggambaran, dialah orang pertama yang keluar daripada kumpulan WhatsApp kami.

“Dia ada menghantar mesej ringkas meminta maaf sempena raya, itu sahaja,” kongsinya. -UTUSAN

The post Ieda Moin tidak tahu punca Noorkhiriah menyepi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved