Non-Halal: Haidilao Pertama Sarawak Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall

22 Jun 2024 • 5:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Haidilao pertama di Sarawak kini dibuka di Kuching

Non-Halal: Haidilao Pertama Sarawak Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall. Popular di media sosial dengan tarian menariknya, restoran menyajikan hidangan Hot Pot terkenal diperingkat antarabangsa, Haidilao kini telah membuka cawangan pertamanya di Sarawak.

Baru sahaja dibuka pada hari ini, orang Kuching rata-ratanya berasa teruja dengan pembukaan pertama restoran berkenaan.

image is not available
Non-Halal: Haidilao Pertama Sarawak Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall. Sumber foto: FB Vivacity Megamall

image is not available
Sumber foto: FB Vivacity Megamall

Menu menarik berkualiti tinggi

Haidilao menyajikan pelbagai jenis menu Hot Pot menarik dan berkualiti tinggi untuk para pelanngannya. Selain menu yang menarik, Haidilao juga terkenal dengan perkhidmatan dan layanan yang ‘top notch’ buat para tetamu mereka.

Siap ada tarian Haidilao lagi buat para pelanggan di sini!

Menu pelbagai di sini termasuk dengan bermacam-macam pilihan daging, makanan laut, sayur-sayuran dan banyak lagi untuk anda memenuhi hot pot panas di meja pelanggan.

image is not available
Sumber foto: FB Vivacity Megamall

image is not available
Sumber foto: FB Vivacity Megamall

Pelanggan juga boleh buat sendiri atau ikut step yang disediakan bagi membuat sos cicah bagi hot pot nanti.

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian Hot Pot berkualiti di Haidilao, Vivacity Megamall, Kuching!

Lagi kedai hot pot menarik di Kuching untuk anda: