[NON-HALAL] Terkenal Dengan ‘Smoked Pork’ Mereka, Anda Harus Ke Kafe Casadosa Di Kuching

21 Sep 2022 • 5:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penggemar daging salai harus ke kafe ini

[NON-HALAL] Terkenal Dengan ‘Smoked Pork’ Mereka, Anda Harus Ke Kafe Casadosa Di Kuching. Bagi mereka yang mencari daging salai di Kuching, kafe Casadosa adalah tempat yang patut anda kunjungi!

Terkenal dengan daging babi dan ayam salai mereka, kafe ini juga menyajikan makanan Dayak yang pastinya akan memuaskan keinginan makanan Dayak anda!

image is not available
[NON-HALAL] Terkenal Dengan ‘Smoked Pork’ Mereka, Anda Harus Ke Kafe Casadosa Di Kuching

Nikmati muzik secara langsung sambil makan

Selain daripada suasana yang tenang, terdapat muzik secara langsung yang dipersembahkan oleh pemuzik tempatan pada hari-hari tertentu, dengan Belioo Buskers sebagai penghibur utama.

Must try makanan dalam menu adalah hidangan signature mereka iaitu Paku Kueh Tiaw, separuh ayam salai diisi dengan daun ubi kayu, perut babi panggang dan daging babi charsiu BBQ – dibakar dalam periuk untuk memberikan rasa berasap.

image is not available
Paku Kueh Tiaw. Kredit: FB Casadosa

image is not available
Nasi ayam salai. Kredit: FB Casadosa

image is not available
Nasi daging babi salai. Kredit: FB Casadosa

Pelanggan juga boleh menikmati minuman beralkohol di sini seperti bir juga!

image is not available
Kredit: FB Casadosa

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah info kafe ini:

Kafe Casadosa (NON-HALAL)
Lokasi: Ground Floor, No.31, Lot 4584, Block 218 KNLD, 3rd Exchange Commercial Centre, Batu 3 1/2, Jalan Penrissen, 93250 Kuching
Masa operasi: Buka setiap hari KECUALI Ahad, 4PM – 12AM
Facebook: FB Casadosa

Lagi di sini: