Nonny Nadirah Dakwa Diganggu Sihir Punca Buka Tudung & Berpenampilan Seksi

Entertainment
3 Oct 2024 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah mendedahkan perbuatan sihir menjadi punca imejnya daripada seorang yang bertudung berubah kepada seksi.

Biarpun tidak mendedahkan pelaku, dia berkata dia masih berpegang dengan agama biarpun imannya diuji.

“Saya Nonny Nadirah, saya berpegang kepada al-Quran dan hadis. Jangan ditanya siapa yang menyihir, lain orang lain ujiannya. Mana yang perang mana yang disihir.”

“Hendak menegur kenal caranya, amal Ilahi kekuatan ilmunya. Islam agama yang luar biasa dan ajaib, doa yang baik-baik.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah)

Dalam hantaran video yang dikongsi di Instagram miliknya, Nonny yang menunjukkan dirinya sebelum dan selepas berhijrah menyatakan bahawa apa yang berlaku dengan dirinya itu berkaitan dengan iman.

“Semua berkaitan dengan iman. Korang tak rasa apa yang saya rasa. Sihir dan gangguan hanya kerana cinta Islam.”

Perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang pelik melihat perubahan drastik pelakon itu.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.