Noor Kumalasari Dedah Pernah Tolak Tawaran Lakonan RM100,000 – “Pihak Produksi Suruh Buka Hijab” –

LocalEntertainment
6 Nov 2026 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seniwati terkenal, Noor Kumalasari mendedahkan dirinya pernah menolak tawaran lakonan bernilai lebih RM100,000 selepas pihak produksi meletakkan syarat supaya dia membuka tudung bagi menjayakan sebuah drama bersiri televisyen.

Pelakon disuruh buka tudung

Menurut Noor, 70, keputusan tersebut dibuat tanpa rasa ragu kerana dia berpegang teguh pada prinsip untuk terus istiqamah dalam berhijab.

Advertisement

Pihak produksi suruh buka hijab dan katanya perlukan saya buka tudung. Saya terus kata minta maaf, tidak akan buat demi apa-apa pun kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

Noorkumalasari

Perkara itu dikongsikannya ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Datuk Yusof Haslam sempena Festival Filem Malaysia, semalam.

Aktres tolak tawaran berlakon disuruh buka tudung

Menariknya, pendirian Noor turut memberi inspirasi kepada seorang pelakon wanita muda yang pernah berdepan situasi sama. Selepas mendapatkan nasihat daripadanya, pelakon berkenaan akhirnya memilih untuk melepaskan tawaran tersebut demi mempertahankan prinsip sendiri.

Dalam pada itu, Noor mengakui masih menerima tawaran berlakon sehingga kini, termasuk watak sampingan yang hanya memerlukan penggambaran selama dua hingga tiga hari.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa dirinya sudah tidak mempunyai keinginan untuk kembali aktif dalam industri lakonan, sebaliknya lebih selesa mengikuti perkembangan seni menerusi drama dan filem lama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datuk Seri Siti Nurhaliza2026-11-02 15:36:25

Siti Nurhaliza Cipta Rekod Asia, Dedah Tawaran Nyanyi Negaraku Di MotoGP Diterima Saat Akhir

The post Noor Kumalasari Dedah Pernah Tolak Tawaran Lakonan RM100,000 – “Pihak Produksi Suruh Buka Hijab” – first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved