Tegas Dengan Pendirian, Noor Kumalasari Pernah Tolak Tawaran Lakonan Lebih RM100,000 - “Saya Tak Sanggup Buka Tudung Demi…”

6 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tegas Dengan Pendirian, Noor Kumalasari Pernah Tolak Tawaran Lakonan Lebih RM100,000 - “Saya Tak Sanggup Buka Tudung Demi…”

Seniwati, Noor Kumalasari mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon dengan bayaran lumayan mencecah RM100,000.Menurut Noor Kumalasari, 70, keputusan itu terpaksa dibuat kerana produksi meletakkan syarat dia perlu membuka tudung.Tetap dengan pendiriannya, Noor Kumalasari menegaskan dia tidak sanggup menggadaikan prinsip untuk menanggalkan hijab hanya semata-mata untuk menerima tawaran lumayan itu.“Saya pernah menerima tawaran besar untuk membintangi sebuah siri televisyen dengan bayaran lebih RM100,000, namun terpaksa menolaknya kerana diminta membuka tudung.“Pihak produksi memberitahu, mereka mahukan saya tanpa hijab, tetapi saya tetap dengan pendirian. Saya tidak sanggup membuka tudung demi apa-apa tawaran kerana percaya rezeki datang daripada Allah,” ujarnya.Noor Kumalasari berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Datuk Yusof Haslam di FINAS, Hulu Langat, pada Khamis.Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Noor Kumalasari yang juga merupakan adik kepada penghibur terkenal Anita Sarawak itu turut menceritakan pengalaman bertemu seorang pelakon wanita yang berdepan situasi sama apabila diminta menanggalkan tudung demi menjayakan sebuah naskhah.“Saya pernah bertemu seorang pelakon wanita muda yang baru berhijab dan meminta pandangan saya mengenai perkara sama.“Saya menasihatinya supaya membuat keputusan sendiri kerana setiap orang mempunyai pendirian masing-masing.“Bagi saya, apabila seseorang sudah memilih untuk berhijab dan semakin mendekatkan diri kepada Allah, dia perlu fikir sama ada sanggup mengorbankan prinsip tersebut demi wang.“Pelakon muda itu akhirnya turut membuat keputusan sama meskipun terpaksa melepaskan watak berkenaan.“Sekurang-kurangnya, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana wang bukanlah segala-galanya dan hubungan dengan Allah jauh lebih penting,” kongsinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved