Nora Ariffin Akhirnya Beri Respon Isu Guna Video AI Wajah Arwah Suami

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 2:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nora Ariffin

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin akhirnya tampil memberi respon terhadap teguran yang diterimanya berhubung penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menampilkan wajah arwah suaminya, Johan Nawawi, dalam Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey

Konsert tersebut telah berlangsung pada Rabu lepas dan mengundang perbincangan hangat.

“Saya ambil maklum teguran” – Nora Ariffin

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Nora menyatakan bahawa dia menerima teguran itu dengan hati terbuka dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI. Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Terima kasih atas teguran itu.

PU Syed tegur perkara itu tidak sesuai

image is not available

Teguran tersebut sebelum ini datang daripada pendakwah bebas, PU Syed, yang menyatakan penggunaan teknologi AI untuk “menghidupkan” wajah arwah Johan tidak bertepatan dengan hukum syarak. 

Menurut PU Syed, perbuatan ini boleh mendatangkan keaiban kepada arwah.

Netizen memuji sikap profesional Nora yang menerima teguran ini dengan baik, manakala ada juga yang berpendapat isu ini perlu ditangani dengan lebih teliti pada masa akan datang.

#OhmediaNasihat

Menggunakan teknologi seperti AI memerlukan pertimbangan yang mendalam, terutama jika melibatkan sensitiviti agama dan budaya. Sikap terbuka Nora dalam menerima teguran ini wajar dijadikan contoh. Sebelum melibatkan teknologi, pastikan rujukan dilakukan dengan pihak berautoriti untuk mengelakkan sebarang salah faham.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro