Nora Danish dedah kekuatan ibu tunggal, tahajud rahsia tenang. ‘Paling susah tahan emosi, anak tak pernah tahu saya sedih’

LocalFamily & Parenting
8 Apr 2026 • 1:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HAMPIR dua tahun bergelar ibu tunggal, perubahan Nora Danish ke arah lebih baik menyejukkan hati. Baru-baru ini, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu berkongsi kekuatan diri yang diambil solat sunat paling utama selepas fardu iaitu tahajud.

Menerusi sebuah audio siar, pelakon berusia 44 tahun itu berkongsi solat berkenaan merupakan ibadah yang disarankan bagi mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

“Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.

“Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan," ujarnya.

image is not available

Dedah Nora, kesan solat sunat pada sepertiga malam terakhir itu memberi kelainan dalam dirinya.

Sejak akhir-akhir ini dia berjaya berdepan dengan beberapa ujian sejak akhir-akhir ini dengan penuh rasa tenteram. Pelakon yang dikenali menerusi sitkom Puteri itu percaya, ketenangan itu datangnya daripada amalan solat sunat berkenaan.

“Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.

“Saya merasakan diri lebih tenang mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud,” katanya.

Dua kali menghadapi perpisahan dalam rumah tangga, Nora sebak menceritakan cabaran dihadapi sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

Aktres jelita itu mendedahkan antara perkara yang dilakukan ialah menahan emosi.

Artikel berkaitan:

image is not available

Dalam audio siar Habis Ceria Podcast bersama Natasha Oezir dan penyanyi seberang, Datuk Seri Rossa, Nora berkata dia berjuang untuk menyembunyikan keletihan dan berpura-pura daripada anak-anaknya.

"Cabaran saya menjadi single mother ialah saya menahan keletihan sebab hendak tunjuk kuat.

"You  are not strong but have to be strong. Tapi the hardest part is menahan emosi yang saya kuat. Itu paling susah pada saya sebab kita tidak kuat pun sebenrnya tetapi kena tahan," kongsinya.

Ibu kepada dua anak lelaki berusia 16 dan lapan tahun, Nora mengakui mengawal emosi adalah cabaran paling membuatkan dia teruji.

image is not available

"Itu adalah perkara paling penat bagi saya apabila kena menahan emosi supaya saya nampak kuat untuk anak.

"Dan, saya sampai sekarang rasa mereka tidak tahu saya sedih. Because I never show that saya sedih, kuat je lah.

"Paling sedih menjadi single mother ialah to hold your emotion," tuturnya.

Sekadar info, Nora memilik dua cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram daripada perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Toh Muda Datuk Riza Rizal Ashram atau Jejai. 

Seorang lagi ialah Mohamed Neqayl, 8, hasil perkongsian hidupnya dengan  Nedim Nazri.