Nora Danish kongsi nasihat dalam perhubungan – “Hargai selagi disisi”

EntertainmentLifestyle
24 Sep 2025 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Nora Danish menuai perhatian di media sosial apabila berkongsi pesanan ringkas dalam menjaga perhubungan antara satu sama lain.

Nasihat dalam perhubungan

Menerusi perkongsian di Threads, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif mengingatkan supaya peminatnya menghargai orang yang kita sayangi selagi masih ada dan jangan sia-siakan kehadirannya.

image is not available

“Genggam sebelum hilang, jaga sebelum tiada dan hargailah selagi ada di sisi.

“Ini kerana sesuatu yang tidak dihargai pasti akan dirindui setelah ia pergi,” tulis Nora, hari ini.

Dalam perkongsian berasingan, Nora turut menjelaskan ganjaran besar bakal diterima kepada mereka yang sering memudahkan urusan orang lain.

“Menjadi umat yang baik bukan satu pilihan.

“Ada pintu syurga untuk mereka yang memudahkan urusan orang lain. Moga kita semua tergolong dalam golongan itu,” jelasnya.

image is not available

Sebelum ini, pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo di Instagram.

Difahamkan, Nora pernah menghadiahkan Mickey seutas jam ‘fitness’ Suunto manakala Mickey menghadiahkan Nora sepasang kasut sukan.

Terdahulu, pasangan ini menjadi tumpuan gara-gara Nora Danish memuat naik tangkap layar perbualan panggilan video bersama seorang jejaka dipercayai Mickey.

Sumber: Threads Nora Danish