“Hati Kita Tak Akan Pernah Istiqamah, Jika Tidak Istiqamah Lidahnya” – Nora Danish

EntertainmentLifestyle
24 Sep 2025 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian aktres jelita, Nora Danish meraih perhatian apabila dia memberi peringatan secara umum kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga tutur kata.

Menerusi hantaran di Threads, aktres berusia 43 tahun tersebut berkata hati seseorang itu tidak akan istiqamah jika sekiranya kata-kata yang keluar mulutnya tidak seiring dengan perbuatan mereka.

Artis kacukan itu turut mengingatkan masyarakat bahawa setiap ungkapan yang kita lontarkan adalah cerminan dari hati.

Hati tidak akan pernah istiqomah, jika tidak istiqomah lidahnya. Apa sebut di lidah adalah bingkisan hati, jaga lah lisan kita.

 

View on Threads

 

Sebelum itu juga, Nora turut memuat naik beberapa hantaran di Threads tentang peringatan mengenai adab, dosa dan golongan orang yang membuat kebaikan seperti memudahkan urusan orang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Ramai pengikutnya bersetuju dengan apa yang ditulis Nora dan ada yang berterima kasih kepada ibu dua cahaya mata tersebut kerana sudi berkongsi dan memberi peringatan.

image is not available 2025-09-24 13:05:52

“Genggam Sebelum Hilang, Hargai Selagi Ada” – Tulisan Nora Danish Jadi Perhatian