Nora Danish Mohon Semua Doakannya Agar Kekal Istiqamah

Entertainment
4 Jul 2024 • 3:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nora danish

Semua orang pasti ada niat dan usaha untuk berubah jadi lebih baik. Begitu jugalah apa yang diakui pelakon jelita, Nora Danish yang sudah lama memasang niat untuk bertudung.

Nora Danish akui rasa lebih tenang semenjak bertudung…

Sebenarnya saya sudah lama pasang niat nak bertudung tapi belum ada kekuatan itu sebelum ini.

Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang.

Bagaimanapun, Nora memaklumkan dia sebenarnya takut ingin berkongsi tentang keputusannya untuk berhijrah kerana sedar setiap manusia akan diuji.

Keputusan untuk bertudung tidak dipaksa sesiapa…

Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya.

Nora turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved