‘Trend Nora Danish’ Popular Di TikTok, Ramai Lelaki Berseloroh Mahu Cuba Nasib [Video]

EntertainmentMusic
4 Jul 2024 • 3:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bulan lalu, pelakon wanita terkenal, Nora Danish telah berpisah dengan bekas suaminya, Nedim Nazri setelah lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nora bagaimanapun berharap tidak timbul sebarang teori mengenai perpisahannya bersama Nedim selain menyangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca penceraian mereka.

Namun tidak lama selepas itu, tular satu laporan berita yang mengata Nora sedang mencari suami yang beriman.

Dia bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dan langsung tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian memandangkan masih dalam tempoh idah selain bekas suaminya sedang dirawat di hospital.

Nora Danish impi suami mampu bawa ke jalan Allah jadi trend di TikTok

Pun begitu, laporan itu mendapat perhatian lelaki-lelaki sekali gus menjadi trending di TikTok apabila ramai yang memuat naik gambar mereka bersama tangkap layar artikel berkenaan.

Manakan tidak, pelakon jelita itu sememangnya diminati ramai lelaki sejak dia mula menceburi dunia industri seni dalam bidang lakonan.

Trend terbabit turut diiringi muzik latar lagu HambaMu nyanyia Mawi dan Akhil Hayy bagi program Imam Muda terbitan Astro.

Para lelaki pakat muat naik gambar sendiri, bukti orang yang soleh

Kebanyakan lelaki berseloroh dengan memuat naik gambar diri mereka sendiri yang kelihatan seperti seorang yang soleh.

Menerusi tinjauan kami, ada lelaki yang memuat naik gambarnya di masjid dan ada juga yang menunjukan fotonya memakai kopiah dan jubah.

image is not available

Ada yang sehingga menunjukan gambar mereka ketika solat dan sedang mengambil wuduk.

Jelas Nora Danish sememangnya masih diminati ramai lelaki apabila terdapat lebih 2,000 yang menyahut trend terbabit.

Berikut beberapa video trend Nora Danish di TikTok:

Untuk lihat video-video trend Nora Danish ini, klik link di sini.