Noraniza Idris Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Untuk Turun Berat Badan

Entertainment
24 Jun 2025 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan inspirasi untuk dirinya menurunkan berat badan.

Jelasnya, bagi membantu proses penurunan berat badan, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Dikir Puteri ini telah mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dan dia diberikan suntikan Ozempic.

“Saya tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza kurus jadi saya pun nak kurus juga. Sebab kita pun faktor usia jadi macam-macam penyakit boleh ada jadi sebaiknya kita diet. Tujuan saya nak kurus pun sebab kesihatan.”

“Saya dah hampir obesiti tahap dua, hari tu pun ada rakan-rakan media tegur minta saya turunkan berat badan, saya agak takut bila orang tegur sebab suami saya pun tak pernah tegur.”

“Saya pernah capai berat 85 kg, jadi saya rasa sakit kaki apa semua jadi bila saya dah dapatkan suntikan saya dah turun 4 kg.”

image is not available

Dalam masa sama, Noraniza juga akui yang dirinya kurang melakukan senaman, namun menggunakan pendekatan dengan menari Zapin untuk menukar kaedah senaman itu.

“Sekarang saya dah kena buat brisk walk. Saya sebenarnya malas nak bersenam sangat jadi saya adakan satu program dekat akademi saya untuk menari zapin, selama dua jam itu saya akan menari sahaja zapin. Itu sahaja saya buat untuk tukar mood malas saya kepada tarian.”

Wah, baguslah benda baik mesti kita kena ikut kan.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.