Norjuma Didenda RM1,000 Selepas Bersalah Cederakan Wanita, Alasan Sedang Sambung Belajar Sambil Ditanggung Bapa

Entertainment
20 May 2025 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed akhirnya mengaku bersalah dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan seorang wanita, empat tahun lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Norjuma, 45, mengubah pengakuan tidak bersalahnya sebelum ini kepada bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan usahawan tudung itu dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, peguam bela Faiz Kamal Jaafar yang mewakili Norjuma merayu anak guamnya dikenakan hukuman denda sahaja.

“Anak guam saya tidak bekerja dan kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bapanya yang bersara menanggungnya,” katanya.

image is not available

Mengikut pertuduhan, Norjuma didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 32, di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada pukul 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Pertuduhan terhadap Norjuma dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada 27 Jun tahun lalu, Norjuma dikenakan waran tangkap dari empat Mahkamah Majistret kerana gagal hadir untuk sebutan kes membabitkan lima pertuduhan jenayah terhadapnya.

Sebelum itu, pada April tahun lalu, Norjuma mengaku tidak bersalah atas beberapa pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu serta melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan harta benda di sebuah kondominium.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.