Norreen Iman jadi tetamu Allah buat kali ketiga, syukur diberi peluang perbaiki diri

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 5:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah umrah buat kali ketiga bersama keluarganya, baru-baru ini.

Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah menyifatkan umrah pada kali ini adalah lebih bermakna kerana berkesempatan membawa anak-anaknya untuk melihat kaabah di tanah suci.

Malah, dia dan suaminya berharap dapat menjalankan tanggungjawab ibu bapa dengan lebih baik buat dua orang anaknya, kelak.

Norreen Iman jadi tetamu Allah

image is not available

“Allah telah membawa kami ke sini untuk kali ketiga dan kali ini sangat istimewa bagi kami kerana anak-anak dapat melihat Kaabah buat pertama kali.

“Aku harap bila balik ni, kami akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sahaja untuk anak-anak tapi untuk kami.

“Dengan doa yang kita minta depan Kaabah, semoga jadi asbab untuk kita sedar yang kita hidup bukan untuk diri sendiri je,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Norreen Iman jadi tetamu Allah

image is not available

Dalam perkongsian itu juga, Norreen percaya bahawa kehidupan akan menjadi lebih mudah apabila seseorang sentiasa bergantung dan bersangka baik dengan Allah.

Walaupun kadang-kala tersasar dari jalan sebenar, namun dia bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk muhasabah serta memperbaiki diri di tanah suci.

image is not available

“Aku ni kadang terfikir, apa yang aku buat sampai senang sangat nak sampai sini? Kita tau diri kita kan. Tak pernah lari dari kesilapan.

“Kenapa Allah mudahkan urusan aku bila berkait dengan keluarga? Adakah kerana doa-doa aku yang dulu atau aku faham konsep untuk bersangka baik dengan Allah? Allah tahu segalanya.

“Kadang-kadang mungkin bila tersasar, Dia bagi peluang untuk betulkan diri ni balik. Tapi bila dapat betulkan diri ni balik dekat Tanah Suci, dari London lagi aku dah rasa balik ‘spark’ itu. Bila dah rasa, segala-galanya berkait denganNya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Norreen berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya dan berharap netizen dapat menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

image is not available

Sumber: Instagram @Norreen Iman