Norza Zakaria kota janji, umum letak jawatan Presiden BAM berkuat kuasa hari ini

24 Aug 2024 • 2:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kota janji apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan pada majlis penyerahan ganjaran RM125,000 kepada beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

image is not available

Datuk V Subramaniam, bakal bertindak sebagai pemangku presiden buat ketika ini.

image is not available

Norza Zakaria kota janji

Sebelum ini, Norza mengumumkan dia akan melepaskan jawatannya secara rasmi pada 24 Ogos iaitu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai.

Tarikh berkenaan dipilih kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas selaku Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

image is not available

Selain mahu melepaskan jawatan Presiden BAM, beliau juga menyuarakan Hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), tetapi hanya akan dilakukan selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Berita lanjut akan menyusul dan dikemaskini….

Sumber: Buletin Tv3