Norza Zakaria Dilaporkan Letak Jawatan Sebagai Presiden BAM

24 Aug 2024 • 2:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tan Sri Norza Zakaria, iaitu presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai presiden BAM.

Memetik laporan Free Malaysia Today, perletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu berkuat kuasa hari ini.

Susulan perletakan jawatan oleh Norza itu, Datuk V Subramaniam iaitu Timbalan Presiden telah dilantik menjadi pemangku presiden BAM.

image is not available

Difahamkan, pengumuman itu dibuat di Akademi Badminton Malaysia ketika Mesyuarat Majlis persatuan itu hari ini, lapor BERNAMA.

Untuk pengetahuan semua, Norza telah dilantik menjadi presiden BAM sejak tujuh tahun lalu iaitu pada 2017 lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.