Nothing Ear (3a) Dilancarkan Dengan Kemampuan Merakam Panggilan Telefon

TechnologyDigital
7 Jul 2026 • 7:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Panggilan telefon biasanya dirakam menggunakan aplikasi khusus atau dengan sistem terbina pada telefon. Tetapi dengan Nothing Ear (3a), akhirnya sebuah fon telinga mempunyai kemampuan melakukan rakaman telefon secara terus.

Image from: Nothing Ear (3a) Dilancarkan Dengan Kemampuan Merakam Panggilan Telefon

Fon telinga dilengkapi pemandu audio 12mm yang lebih besar berbanding 11mm pada model terdahulu. Nothing berkata hasilnya ialah bunyi bass yang lebih kuat. Terdapat sokongan audio resolusi tinggi, LDAC dan audio spatial secara terbina. Menerusi aplikasi lapan tetapan EQ disertakan. Penambahbaikan lain ialah sistem ANC lebih baik sehingga 45dB yang adalah 17% lebih baik.

Image from: Nothing Ear (3a) Dilancarkan Dengan Kemampuan Merakam Panggilan Telefon

Ciri Audio Snapshot merakam audio dalam memori terbina 32MB Ear (3a) diaktifkan dengan menekan kedua-dua butang pada tangkai secara serentak.. Rakaman sehingga 2 jam boleh dilakukan dengan panjang setiap rakaman ialah sehingga 60 saat. Transkripsi kemudian boleh dilakukan secara automatik.

Image from: Nothing Ear (3a) Dilancarkan Dengan Kemampuan Merakam Panggilan Telefon

Setiap putik boleh beroperasi sehingga 10 jam tanpa ANC atau 6 jam dengan ANC. Ini meningkat ke 42 atau 25 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan 5 minit sahaja boleh menawarkan penggunaan sehingga 1 jam.

Tambatan adalah menggunakan Bluetooth 6.0 membenarkan sambungan sehingga dua peranti. Tambatan pantas menerusi Google Fast Pair diberikan bersama dengan mod masa pendam rendah. Kedua-dua fon telinga dan pod melepasi piawaian kalis air serta debu IP54.

Nothing Ear (3a) ditawarkan dalam warna hitam, putih, kuning dan merah jambu seperti Headphone (a) pada harga $99 (~RM 403) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved