Nothing Phone (2) Akan Dilancarkan Pada 11 Julai

TechnologyDigital
13 Jun 2023 • 9:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (2) adalah telefon pintar kedua Nothing yang kini disahkan akan dilancarkan pada 11 Julai 2023. Peranti ini telahpun disahkan akan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, kekal dengan panel belakang lutsinar dengan sistem lampu Glyph, dan mungkin hadir dengan suis notifikasi seakan OnePlus

image is not available

Phone (2) akan menerima kemas kini tiga versi Android, hadir dengan bateri berkapasiti 4700mAh dan menggunakan rekaan lampu Glyph yang sedikit berbeza seperti tertera pada imej di atas. Butiran lain seperti kamera, rekaan sebenar dan harga masih belum disahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.