MacBook Air M3 Dilaporkan Akan Tiba Pada 2024

TechnologyDigital
12 Jun 2023 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sebelum ini dilaporkan akan melancarkan MacBook Air dengan cip baharu Apple Silicon binaan 3nm oleh TSMC pada tahun ini. Namun ia tidak berlaku kerana MacBook Air 15″ dengan cip Apple M2 pula yang dilancarkan hanya beberapa hari yang lalu di WWDC.

image is not available

Tetapi laporan daripada Mark Gurman baru-baru ini menyatakan Apple sudah memulakan pembangunan bagi MacBook Air yang dijana cip M3. Walau bagaimana pun butiran mengenainya masih tidak jelas. Adakah ini MacBook Air yang akan menggunakan skrin OLED? Laporan juga mendakwa yang dua model akan ditawarkan terus pada tahun 2024 iaitu MacBook Air 13″ dan MacBook 15″.

Gurman turut menyatakan yang Apple turut akan mengemaskini iMac yang masih menggunakan rekaan sama tetapi dengan cip Apple M3. Bagi yang ingin dapatkan MacBook Air 15″ cip Apple M2, harga jualan bermula dari RM6199.