Nothing Phone (3) Akan Menggunakan Snapdragon 8s Gen 4

TechnologyDigital
17 Jun 2025 • 8:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing menjanjikan peranti mereka yang seterusnya ialah sebuah telefon pintar mercu. Pasti ramai mengharapkan ia akan dilengkapi sekurang-kurangnya Snapdragon 8 Elite. Tetapi menerusi ciapan di X, syarikat ini mengesahkan Nothing Phone (3) akan menggunakan Snapdragon 8s Gen 4 sahaja apabila dilancarkan bulan depan.

Cip yang dilancarkan pada April lalu hadir dengan CPU lapan teras menggunakan konfigurasi teras CPU 1x Cortex-X4 3.2GHz, 3x Cortex-A720 3.0GHz, 2x Cortex-A720 2.8GHz, dan 2x Cortex-A720 2.0GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU Adreno 825. Ia turut masih menggunakan teknologi 4nm TSMC N4P. Ini menjadikannya kemas kini kepada cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bukannya Snapdragon 8 Elite.

Di Malaysia hanya iQOO Neo 10 sahaja peranti yang menggunakan Snapdragon 8s Gen 4. Walaupun bukan sebuah cip mercu sebenar, ia masih akan cip yang jauh lebih berkuasa berbanding yang digunakan pada peranti-peranti Nothing sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved