Nothing Phone (4b) Diacah Dengan Hanya Satu Kamera

TechnologyDigital
22 Jun 2026 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (4b) Diacah Dengan Hanya Satu Kamera

Nothing mengacah pelancaran telefon pintar mereka yang seterusnya iaitu Phone (4b) menerusi akaun Nothing India. Dua video yang dikongsi hujung minggu lalu menunjukkan lakaran skematik untuk telefon yang dilukis menggunakan sebatang pensel 4b.

Image from: Nothing Phone (4b) Diacah Dengan Hanya Satu Kamera

Dapat dilihat Phone (4b) hanya dilengkapi satu kamera sahaja di bahagian belakang tetapi tidak dapat dilihat apakah sistem Glyph yang akan digunakan. Mungkin ia sebuah Phone (4a) yang dikemaskini dengan hanya satu kamera bagi mengurangkan harga jualan.

Image from: Nothing Phone (4b) Diacah Dengan Hanya Satu Kamera

Carl Pei sudah mengatakan dua minggu lalu harga RAM kini lebih mahal berbanding kos modul kamera serta skrin yang selama ini adalah komponen paling mahal sesebuah peranti. Harga RAM pada waktu ini sudah meningkat naik sebanyak empat kali ganda sejak Oktober tahun lalu.

— Nothing India (@nothingindia) June 21, 2026

Mangsa pertama kos mahal ini ialah CMF by Nothing tidak akan melancarkan telefon baharu tahun ini disebabkan harga RAM yang terlalu melampau .

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved