Carl Pei – Memori Kini Lebih Mahal Daripada Pemproses dan Skrin Telefon

TechnologyBusiness & Finance
12 Jun 2026 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Nothing, Carl Pei hari ini mengatakan kos komponen memori kini lebih mahal berbanding pemproses dan skrin telefon yang digunakan pada peranti mereka. Tambahan lagi kos memori sahaja boleh menyumbang lebih daripada 50% daripada sesebuah peranti.

Dalam situasi Nothing Phone (4a), beliau mendedahkan kos memori meningkat dua kali ganda antara masa syarikat memutuskan untuk membina peranti dan semasa ia dilancarkan. Ia telah meningkat dua kali ganda lagi sejak Phone (4a) dilancarkan. Ini adalah selari dengan kenyataan CEO Xbox Asha Sharma semalam yang mengatakan kos memori Xbox sudah meningkat 4 kali ganda.

Image from: Carl Pei – Memori Kini Lebih Mahal Daripada Pemproses dan Skrin Telefon
Nothing Phone (4a) Pro

Pada Januari, Pei suda meramalkan peningkatan harga peranti yang akan berlaku tetapi ia berlaku lebih awal daripada jangkaan asal. Kos memori meningkat kerana keperluan pusat data kecerdasan buatan (AI) yang sedang dibina dengan pesat. OpenAI misalnya sudah menempah 40% bekalan wafer memori sebelum ia sempat diubah menjadi memori bagi memastikan bekalan cukup untuk pusat data Project Stargate.

Situasi dihadapi oleh Nothing tidak unik hanya untuk mereka. Sony, ASUS, Acer, Xiaomi, dan malahan Samsung sendiri meningkatkan harga peranti disebabkan kos memori yang mencanak naik. Ironi bagi Samsung ialah, perniagaan Samsung Semiconductor untung besar sehingga kakitangan menerima bonus jutaan Ringgit. Perniagaan lain seperti telefon pintar pula terjejas kerana keuntungan berkurangan disebabkan kos semakin tinggi.