Notis sidang DUN Negeri Sembilan dikeluarkan tidak lama lagi

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 7:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Notis sidang DUN Negeri Sembilan dikeluarkan tidak lama lagi

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka berlangsung mengikut perancangan kerajaan negeri dengan notis mengenainya bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kesemua pihak diminta menunggu notis rasmi berhubung pelaksanaan persidangan berkenaan.

“Insya-Allah, mungkin notis itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Tunggu notis,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ismail menegaskan tidak akan membiarkan DUN terbubar secara automatik susulan isu yang masih belum selesai membabitkan institusi pemerintahan negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan persidangan DUN dapat diadakan supaya Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan mengikut perancangan.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan 26 November sebagai tarikh persidangan DUN, manakala pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dijadualkan pada 27 November ini.

Bagaimanapun, Ismail dilaporkan masih berusaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhubung tarikh persidangan berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, beliau dijadualkan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kerajaan Negeri Sembilan 2026 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Sabtu ini.

Katanya, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dijangka mencemar duli ke majlis berkenaan bersama Undang Yang Empat. – UTUSAN

The post Notis sidang DUN Negeri Sembilan dikeluarkan tidak lama lagi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved