Tiada isu DUN Negeri Sembilan terbubar, persidangan ikut jadual - MB

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada isu DUN Negeri Sembilan terbubar, persidangan ikut jadual - MB
Ismail Lasim

SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan dibiarkan terbubar sebaliknya persidangan akan diusahakan supaya dapat berlangsung mengikut jadual yang dirancang, kata Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.

Beliau berkata, segala persiapan membabitkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi untuk memulakan persidangan berkenaan.

"Dari segi belanjawan ini, persediaan pun dah sedia semuanya. Kita pun dah muktamadkan belanjawan dan hanya menunggu tarikh untuk kita adakan sidang DUN.

"Sebaik mungkin kita cuba laksanakan mengikut jadual, tidak timbul soal DUN akan terbubar. Insya-Allah, sebagai ketua kerajaan negeri saya tidak akan biarkan DUN terbubar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Penasihat Khas Hal Ehwal Masyarakat India Datuk VS Mogan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persediaan kerajaan negeri menjelang persidangan DUN akan datang.

Sebelum ini, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan persidangan DUN bermula 26 Nov, diikuti pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada 27 November. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved