Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga petang ini

LocalEnvironment
8 Nov 2026 • 4:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga petang ini

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 1.35 tengah hari tadi memaklumkan, negeri terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman serta Dungun.

Di Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan dan Lipis.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Dalat, Matu, Pantu, Serian, Sibu, Limbang, Marudi, Bario, Asajaya dan Samarahan.

Di Sabah pula, amaran melibatkan Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Sandakan, Membakut, Pensiangan, Sook, Keningau, Tambunan, Pantai Barat, Kota Marudu dan Pitas.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – UTUSAN

The post Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga petang ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved