Nova ambil keputusan tinggalkan BAM

30 Jul 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nova ambil keputusan tinggalkan BAM

SEPANG – Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bakal menamatkan khidmatnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus akan meninggalkan badan induk itu esok.

Sejak menyertai skuad kebangsaan pada Januari 2023, banyak kejayaan sudah dilakar jurulatih dari Indonesia itu, termasuk mengemudi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara dunia tahun lalu.

Nova berkata, dia berterima kasih kepada BAM kerana memberikan beliau peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga skuad kebangsaan selain mengharapkan anak-anak buahnya terus mencatat kejayaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BAM kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga badminton Malaysia. Satu penghormatan untuk bekerja dengan pemain dan staf.

“Saya bersyukur kerana banyak menerima sokongan sepanjang berada di Malaysia. Saya harap semua orang di BAM akan terus mencatat kejayaan pada masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut mengalungkan penghargaan kepada Nova atas sumbangannya kepada pembangunan skuad beregu campuran negara sejak beliau memegang jawatan tersebut.

“Nova sudah memberikan sumbangan kepada badminton Malaysia dengan penuh dedikasi dan cukup profesional. Beliau sudah banyak membantu kepada pembangunan beregu campuran yang sangat penting.

“Gelaran juara dunia yang bersejarah dilakar Tang Jie dan Ee Wei sangat membanggakan badminton Malaysia. Bagi pihak BAM, saya berterima kasih kepada Nova atas khidmat yang diberikan dan semoga maju jaya kepada beliau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Nova ambil keputusan tinggalkan BAM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved