NRES berjaya jana pelaburan RM10 billion, perkukuh keperluan ekonomi hijau

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 6:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: NRES berjaya jana pelaburan RM10 billion, perkukuh keperluan ekonomi hijau

PETALING JAYA: Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) berjaya menjana pelaburan hijau melebihi RM10 billion setakat ini menerusi penganjuran International Greentech & Eco Products Exhibition (IGEM).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kejayaan agensi di bawah kementerian berkenaan itu sekali gus memperkukuh bakat dan kemahiran bagi memastikan tenaga kerja negara selari dengan keperluan ekonomi hijau yang semakin berkembang.

Katanya, kejayaan itu juga dapat menyokong pertumbuhan industri hijau menerusi pembukaan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor strategik, termasuk tenaga boleh baharu, kewangan lestari dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pengurusan sisa serta ekonomi kitaran.

“MGTC turut menguruskan pensijilan MyHIJAU Mark dan direktori MyHIJAU bagi menyokong pertumbuhan industri hijau serta memperluas penggunaan produk dan perkhidmatan mesra alam.

“Usaha ini sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor strategik, termasuk tenaga boleh baharu, kewangan lestari dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pengurusan sisa serta ekonomi kitaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arthur lagi, dalam sektor tenaga boleh baharu, antara bidang yang berpotensi tinggi ialah pengurusan projek tenaga boleh baharu, kejuruteraan dan penyelenggaraan teknologi tenaga bersih, pengauditan tenaga serta penilaian kitaran hayat (LCA).

“Ia juga menawarkan peluang dalam bidang analisis pelaburan lestari, kewangan hijau, pelaporan ESG, perundingan kelestarian korporat, pengurusan karbon dan pasaran karbon.

“Malah, perkembangan ekonomi kitaran turut mewujudkan peluang dalam bidang Waste-to-Energy, pengurusan rantaian bekalan hijau, reka bentuk bangunan lestari serta pertanian dan perhutanan lestari,”jelasnya.

Bagaimanapun menurut Arthur, untuk merealisasikan potensi penuh ini, wujud cabaran jurang kemahiran yang kritikal di mana permintaan bakat hijau mencecah 11.6 peratus berbanding bekalan semasa yang hanya berada pada tahap 5.6 peratus.

Selain itu, tambahnya, belia turut berdepan pelbagai kekangan struktural seperti peluang pekerjaan yang terhad, jurang latihan dan kemahiran serta ketidakselarasan kurikulum pendidikan dan TVET sedia ada dengan keperluan industri hijau semasa.

“Bagi mendepani cabaran ini, kerajaan mengambil inisiatif melalui peruntukan RM3 bilion bersama TalentCorp, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk merangka program latihan peningkatan kemahiran, Latihan kemahiran baharu dan kemahiran rentas bidang dalam bidang pengurusan tenaga dan ekonomi pekeliling.

“Usaha ini menjadi bukti komitmen kerajaan untuk tidak sekadar mendengar keresahan iklim anak muda, malah menterjemahkannya kepada tindakan nyata menerusi pembangunan ekonomi hijau yang mampan. Dengan memadankan kesedaran iklim belia dan penyediaan kerjaya bernilai tinggi, kita bukan sahaja membendung krisis alam sekitar, tetapi juga membina generasi peneraju yang bakal memacu kelestarian negara. – UTUSAN

The post NRES berjaya jana pelaburan RM10 billion, perkukuh keperluan ekonomi hijau appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved