Nubhan tergelak dituduh bercinta dengan wanita lebih tua -“Takkanlah saya cari makcik”

EntertainmentLifestyle
27 Mar 2026 • 5:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Nubhan tampil menjelaskan spekulasi yang mendakwa dia kini menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikatakan lebih berusia daripadanya.

Sudah berkawan lama

Memetik laporan daripada mStar, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad menyatakan wanita yang muncul dalam hantaran Instagram miliknya itu hanyalah kenalan rapat dan bukannya kekasih seperti didakwa netizen.

“Itu kawan lama saya. Kami memang sudah lama berkawan dan memang selalu pergi bercuti bersama-sama.
“Lagipun, bukannya saya pergi berdua dengan dia sahaja, ramai lagi kawan-kawan yang ikut. Setiap kali saya buat hantaran dengan wanita lain, mesti ada sahaja yang akan gosipkan,” katanya.

image is not available

Hanya tergelak dituduh kena guna-guna

Mengulas dakwaan melampau termasuk tuduhan terkena buatan orang, Nubhan berkata dia hanya mampu ketawa membaca komen-komen tersebut.

“Saya gelak sahaja baca semua itu sebab kelakar sangat. Takkanlah saya mahu cari yang makcik kan?
“Kawan saya itu pun okay sahaja. Tidak terasa, malah dia gelak besar dengan saya bila baca komen-komen netizen,” ujarnya.

image is not available

Dalam masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu menegaskan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan perniagaan berbanding soal cinta.

“Janganlah berkata jahat. Saya juga bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Lagipun, saya memang tidak terfikir nak bercinta.
“Sekarang ini ada banyak benda yang saya fikir, antaranya adalah kerjaya dan perniagaan,” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: Tak kahwin lagi? Zara Zya minta henti pertikai hidup orang – “Tiada kehidupan yang sempurna”

Terdahulu, perkongsian percutian Nubhan di Vietnam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik foto bersama seorang wanita sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved