Nubia Z60S Pro Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia Z60S Pro telah dilancarkan dengan beberapa peningkatan menarik yang termasuk ciri kecerdasan buatan (AI) baharu. Rekaannya pula menampilkan padanan binaan tubuh yang rata bersama sisi membulat. Selain turut memuatkan bonggol kamera bulat di bahagian belakang dengan sistem tri-kamera utama. Satu suis melungsur yang boleh diprogramkan turut disertakan pada bahagian sisi peranti.

image is not available

Untuk spesifikasi peranti menggunakan skrin AMOLED 1.5K sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga melepasi pensijilan Eye Protection Certification bertujuan mengurangkan silau dalam persekitaran yang terang. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagi tunjang utama. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB UFS 4.0 turut diberikan. Bateri 5,100mAh disertakan juga menyokong ciri AI ‘Zero’ Power Consumption 2.0 untuk jangka hayat peranti lebih panjang.

image is not available

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan sensor utama 50MP yang menyokong OIS. Terdapat juga ciri berasaskan AI terbina yang termasuk AI Magic Eraser, AI Sky dan AI Blur. Sementara itu fungsi 65:24 Ultra-wide Cinema Format pula mampu menawarkan perspektif baharu dalam fotografi. Sebanyak lima panjang fokus juga ditawarkan pada kamera peranti iaitu 13mm, 24mm, 35mm, 50mm dan 88mm. Diikuti juga kamera swafoto dengan teknologi Front Camera Enhancement Algorithm 6.0 untuk penghasilan semula imej yang lebih jelas.

image is not available

Peranti baharu ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru dengan harga permulaan $569 (~RM2,657) sebuah.