Rekaan Peranti-Peranti Snapdragon 8 Gen 4 Tertiris – Mungkin Fokus Pada Fotografi

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti-peranti mercu hujung tahun 2024 dan tahun 2025 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 4 dan Dimensity 9xxx baharu. Banyak pengeluar dijangka akan menggunakan cip-cip ini seperti Oppo, Xiaomi dan vivo, begitu juga dengan sub-jenama masing-masing. Digital Chat Station baru-baru ini telah berkongsi lakaran yang didakwa adalah rekaan untuk peranti-peranti yang belum dilancarkan ini.

image is not available

Imej di atas dikatakan adalah untuk Oppo Find X8 Ultra yang masih mengekalkan penggunaan bonggol kamera gergasi bulat dengan logo Hasselblad. Suis lungsur notifikasi turut kelihatan, meminjam ciri ikonik pada OnePlus. Di sebelahnya adalah lakaran yang didakwa untuk salah satu model di bawah vivo X200 dengan kamera Zeiss.

image is not available

Seterusnya adalah lakaran untuk sub-jenama seperti iQOO, OnePlus dan Redmi. Rekaan dilihat masih cuba mengekalkan bentuk dan konsep yang sama seperti sejak dua ke tiga tahun lepas. Beza ketara mungkin adalah pada pilihan warna, bahan binaan serta kemasan. Empat peranti ini dikatakan mungkin untuk peranti di bawah siri Redmi K80, iQOO 13 serta Realme GT7 Pro.

Di China, setiap peranti ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Oktober. Hanya selepas beberapa bulan barulah pengenalan versi global akan diperkenalkan. Buat masa ini, butiran lanjut seperti spesifikasi, kamera, ciri AI dan harga masih awal untuk diketahui. Sama-sama kita nantikan.