Pelan Berbayar Apple Intelligence Mungkin Akan Tiba Pada 2027

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Intelligence adalah teknologi AI generatif tersendiri Apple yang diberikan secara percuma kepada semua pengguna iPhone dengan cip A17 Pro, pengguna iPad dengan cip Apple M dan juga pengguna MacBook dengan cip Apple M. Laporan Bloomberg baru-baru ini menyatakan, Apple mungkin akan memperkenalkan pelan berbayar khas untuk ciri AI ini.

image is not available

Pelan ini mungkin akan digelar sebagai Apple Intelligence Plus, di mana menariknya semua ciri percuma sedia ada tidak akan dikenakan bayaran. Pengguna akan dapat menjana apa yang mereka mahukan dengan bebas. Cuma, pelan Plus ini akan memberi pengguna ciri dan fungsi tambahan yang dikatakan adalah satu pilihan sahaja.

Sumber turut menyatakan yang ciri ini mungkin akan tiba sekitar tahun 2027 kerana Apple Intelligence masih lagi di fasa ujian dan belum stabil. Model AI ini juga perlu dilatih kerap untuk menjadikannya lebih lancar dan berguna. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan apakah akan terjadi pada Apple Intelligence dan apa pula jawapan Samsung selepas Galaxy AI sekarang selepas tempoh percuma tamat pada hujung tahun 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved