Nur Farah Kartini ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa

15 Jul 2024 • 9:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita, Nur Farah Kartini ditemui tidak bernyawa dan dipercayai dibunuh individu yang dikenali, lapor Harian Metro.

Nur Farah Kartini ditemui tidak bernyawa

Difahamkan, jasad wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Polis sudah melakukan tangkapan. Kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

image is not available

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu.

Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

image is not available

Dalam pada itu, rakan kepada mangsa iaitu Amira berkata Nur Farah Kartini sepatutnya terus ke tempat kerja selepas menghantar kereta sewa berkenaan kepada seorang pelanggan.

Pada awalnya, rakan-rakan kepada Nur Farah Kartini hanya memuat naik maklumat berkenaan kehilangan itu, namun atas nasihat orang ramai mereka memfailkan laporan orang hilang di Balai Polis Ulu Bernam.

Pada masa yang sama, orang ramai juga membantu mengesan lokasi mangsa menggunakan aplikasi Truecaller dan mendakwa Nur Farah Kartini berada di Lipis, Pahang pada Khamis namun maklumat itu masih belum dapat dipastikan.

image is not available

Sekadar info, Nur Farah Kartini Abdullah bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)