Nur Izzudin-Sze Fei Mahu Keluar BAM, Ini Respon Goh V Shem - "Saya Rasa Mereka Sudah Cukup Berpengalaman Dan…”

17 Aug 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem, melihat  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menilai kembali keputusan untuk membenarkan Nur Izzudin-Goh Sze Fei itu keluar andai keputusan tersebut benar-benar dibuat oleh pemain itu. 

Ini berikutan terdapat kekurangan dari aspek fasiliti yang disediakan di BAM berbanding berlatih di luar.

Fasiliti Lebih Bagus

"Jika berlatih di ABM semestinya fasiliti lebih bagus berbanding di sini kerana gimnasium dan jarak agak jauh. Perlu membawa kenderaan kerana masa sangat penting juga." Kata Goh V Shem. 

Dalam pada itu, reaksi sama turut diberikan oleh bekas gandingannya, Tan Wee Kiong, yang melihat terdapat pro dan kontra andai pemain tersebut benar-benar meninggalkan BAM nanti.

"Saya rasa mereka sudah cukup berpengalaman dan matang untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan sudah dilakukan maka mereka perlu memandang kehadapan dan lakukan yang yang perlu dibuat." Tambah Tan Wee Kiong kepada Nadi Arena.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved