Nur Syafiqah raih emas pencak silat tunggal puteri Sukan SEA

14 Dec 2025 • 8:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BANGKOK, 14 DIS: Pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini.

Nur Syafiqah dinobatkan juara selepas mengumpul 9.960 mata pada perlawanan akhir yang berlangsung di Impact Arena, Muang Thong Thani, menewaskan pesilat Brunei, Nur Wasiqah Aziemah Rosihan yang meraih 9.920 mata.

“Sejujurnya, perasaan ini sangat istimewa sebab ini emas pertama saya di Sukan SEA. Saya memang sudah lama impikan detik ini, bila akhirnya jadi kenyataan, rasa sangat bersyukur dan terharu.

“Tentang persembahan keseluruhan, saya berpuas hati. Saya berjaya kawal emosi, kekalkan fokus dan buat yang terbaik di gelanggang. Kemenangan ini bagi saya bukan penamat, tetapi satu langkah permulaan untuk cabaran yang lebih besar selepas ini,” katanya selepas dihubungi.

Kejayaan berkenaan menamatkan penantian panjang Malaysia dalam acara tunggal puteri, dengan kali terakhir dimenangi Suzy Sulaiman pada edisi Sukan SEA 2005 di Filipina.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved