Nurhumairah Farhanna hilang sejak 23 Ogos

4 Sep 2026 • 6:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nurhumairah Farhanna hilang sejak 23 Ogos

ISKANDAR PUTERI – Polis menyeru bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan keluar dari rumahnya di Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, Skudai, di sini sejak hujung bulan Ogos lalu tidak pulang hingga hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya@Yahaya berkata, laporan kehilangan Nurhumairah Farhanna Abdul Rahman, 16, itu diterima daripada ayah angkatnya,60, pada pukul 6.54 petang 23 Ogos.

Katanya, remaja yang dipelihara sejak 16 tahun lalu itu disedari tiada di rumah oleh ayah angkatnya pada pukul 5.30 petang 22 Ogos ketika pulang dari kerja.

“Kali terakhir pengadu bertemu anak angkatnya ialah sehari sebelum remaja perempuan itu disedari hilang selepas lelaki itu balik dari kerja.

“Orang hilang itu merupakan anak angkat tunggal sejak dari kecil. Pengadu menjaga remaja perempuan itu bersendirian setelah isterinya meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Saifullah berkata, deskripsi Nurhumairah Farhanna ialah berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian 1.58 meter dengan aggaran berat 65 kilogram.

“Hasil siasatan mendapati tidak berlaku perselisihan faham antara remaja terbabit dengan penjaganya, tiada jugak maklumat dia mempunyai teman lelaki.

“Sehingga ke hari ini, bapa angkat dan pegawai penyiasat cuba menghubungi nombor telefonnya namun panggilan tidak berjawab,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung keberadaan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abdul Hafiz Abd. Latif di talian 011-27300764 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622.

The post Nurhumairah Farhanna hilang sejak 23 Ogos appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved