Lee Chee Hau hilang selepas pergi Genting Highlands

30 Aug 2026 • 6:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lee Chee Hau hilang selepas pergi Genting Highlands

KAJANG – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 26 Ogos lalu dan dipercayai kali terakhir berada di Genting Highlands, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian orang hilang pada pukul 11.32 malam, Jumaat lalu.

“Polis telah menerima satu laporan berkaitan kejadian orang hilang (OH) bernama Lee Chee Hau, 23, dan dipercayai hilang pada pukul 9 malam, 26 Ogos lalu.

“Lelaki itu mempunyai ketinggian antara 175 hingga 180 sentimeter (cm), berat antara 65 hingga 70 kilogram (kg), berbadan kurus, berambut lurus pendek dan berkulit cerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Norazliza Abdullah di talian 019-253 7319. – KOSMO! ONLINE

The post Lee Chee Hau hilang selepas pergi Genting Highlands appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved