Guru Kafa ditemui selepas hilang lima hari

26 Aug 2026 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guru Kafa ditemui selepas hilang lima hari
Mohamad Hijazi dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Sungai Ara pada 22 Ogos lalu.

GEORGE TOWN – Seorang guru Kafa yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui di Kampung Bukit Payong, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, Mohamad Hijazi Zamri, 26, ditemui pasukan polis di sebuah rumah di kampung berkenaan hasil tindakan dan siasatan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Mohamad Hijazi sebelum ini dilaporkan keluar dari rumahnya di Lilitan Sungai Ara pada kira-kira jam 8.40 malam, 22 Ogos lalu dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna biru.

“Dia kemudiannya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak keluarganya.

"Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu usaha mengesan lelaki berkenaan sehingga berjaya ditemui.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan Mohamad Hijazi dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Mohamad Hijazi yang juga guru KAFA dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Sungai Ara di sini pada 22 Ogos lalu.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan lelaki terbabit yang dibuat bapanya pada 23 Ogos lalu.

Hasil siasatan mendapati Mohamad Hijazi meminta izin daripada ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin, Lilitan Sungai Ara dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna biru bernombor pendaftaran PQG275.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi ahli keluarganya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved