Nurul Shuhada Dikecam Netizen ‘Review’ Jubah Ketika Tunai Ibadah Umrah

1 Aug 2023 • 11:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Setelah selesai urusan kes penceraian minggu lalu, Nurul Shuhada iaitu bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Walau bagaimanapun, pengalaman umrah Shuhada tidak dapat diterima oleh segelintir netizen kerana dia melakukan ‘review’ produk ketika berada di Tanah Suci Mekah.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan kepada Shuhada untuk lebih fokus pada ibadah umrah dan bukan pada perkara berkenaan.

image is not available

Malah, ada juga yang berpendapat Shuhada hanya menjalankan kerjanya kerana ia adalah produk berbayar.

Paid review ya semua. Shu kena buat juga. Menyantuni amanah orang. Shu memang cakap tak nak buat ikutkan tapi amanah orang. Rilek.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Nurul Shuhada pernah memberi peringatan kepada penyondol untuk tidak mengganggu kebahagian rumah tangga orang lain.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.