Nurulhidayah berseloroh, mahu bawa peminat Fattah-Amira pindah ke planet lain!

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 10:21 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berseloroh mahu membawa peminat selebriti Fattah Amin dan Amira Othman berpindah ke planet lain.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Amira menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nurulhidayah kerana memuat naik sebuah hantaran berkaitan latar belakang hidupnya.

Sebagai respon kepada penghargaan tersebut, Nurulhidayah sempat bergurau senda dengan penyanyi yang berusia 32 tahun itu.

Nurulhidayah berseloroh

image is not available

image is not available

“Kaklong nak bawa peminat korang pindah.

“Korang balik honeymoon orang semua dah tiada, tinggal haters je. Yang peminat korang dah pindah,” ujarnya.

Pada 14 September lalu, Fattah dan Amira selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan di Sepang, Selangor.

Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura namun, bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

image is not available

Sumber: Instagram @Nurul.Zahid

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved