NVIDIA Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat PC Besar

TechnologyBusiness & Finance
14 Apr 2026 • 8:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas mengusai sektor kad grafik permainan video dan pusat data kecerdasan buatan (AI), langkah seterusnya NVIDIA mungkin memasuki arena menghasilkan PC sendiri pula. Menurut laporan SemiAccurate, NVIDIA dikatakan sedang dalam rundingan akhir untuk membeli sebuah syarikat PC berskala besar.

image is not available
Papan induk NVIDIA N1X

Pembelian ini digambarkan akan mengubah landskap PC dan pelayar yang tidak pernah dilihat sejak komputer dicipta. Tidak diketahui syarikat PC manakah bakal diambil alih oleh NVIDIA. Tahun lalu Lenovo ialah pengeluar PC terbesar dunia diikuti oleh HP, Dell, ASUS dan Acer.

Dengan NVIDIA membeli syarikat PC yang besar, mereka boleh memulakan era CPU N1X dan N1 yang sedang mereka bangunkan dengan pasaran lebih meluas. Ini akan memberikan tekanan kepada pengeluar cip Intel, AMD dan Qualcomm yang juga menawarkannya kepada pengeluar PC. Cip N1X dan N1 yang menggunakan senibina Arm dijangka dilancarkan di Computex pada Jun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved